suria

Penerjun udara maut terjatuh dalam air ketika sertai acara sempena hari jadi Putin

Detik ketika Dmitry Belyayev terjatuh ke dalam air di Gudermes, Chechnya. -Gambar East2West

SEORANG penerjun udara Rusia maut ketika menyertai sebuah acara sempena ulang tahun kelahiran ke-71 Presiden Vladimir Putin, pada Sabtu.

Difahamkan, pasukan penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa Dmitry Belyayev, 45, selepas dia terjatuh ke dalam air di Gudermes, Chechnya.

Belyayev merupakan ahli penerjun kebangsaan Rusia dan telah menyelesaikan lebih daripada 3,700 lompatan.

Dalam satu kenyataan, Persekutuan Payung Terjun Rusia berkata: "Tragedi itu berlaku semasa mengendalikan payung terjun berkelajuan tinggi.

"Menurut data awal, semasa hampir mendarat, penerjun payung melakukan kesilapan dan tidak mengira ketinggian gerakan, akibatnya dia berlanggar dengan permukaan air pada kelajuan menegak yang tinggi.

"Terdapat perkhidmatan penyelamat di lokasi, termasuk unit perubatan bencana bergerak.

"Kakitangan perubatan berusaha menyelamatkan nyawa Belyayev dari minit pertama perlanggaran, dan langkah-langkah resusitasi telah dilakukan di tempat kejadian.

"Namun doktor tidak dapat menyelamatkan nyawanya," demikian kenyataan tersebut.

Ia menambah, kematian Belyayev adalah kehilangan besar untuk seluruh komuniti payung terjun. -Thesun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain