suria

Wartawan jadi mangsa gangguan seksual ketika bersiaran langsung, menggigil teruskan tugasan

Seorang lelaki tidak dikenali cuba mencium Bianca ketika wartawan itu bersiaran langsung. -Gambar CEN

SEORANG wartawan yang sedang mengendalikan siaran langsung dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang secara tiba-tiba merangkul dan mahu menciumnya.

Ketika kejadian yang berlaku pada 2 Oktober lalu, Bianca Chaboudet, 25, sedang membuat liputan secara langsung di Rio de Janiero, Brazil.

Secara tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dari belakang, merangkulnya dan cuba untuk mencium wajahnya.

Bianca yang nyata terkejut secara spontan menolak lelaki berkenaan dan meneruskan siaran langsungnya.

Insiden tersebut nyata meninggalkan pengalaman pahit buat Bianca dan wartawan itu berkongsi mengenainya di Instagram.

"Hanya saya saja yang tahu betapa sukar untuk meneruskan liputan berita ketika itu. Kaki saya terasa goyah.

"Dia malah berhenti di belakang peralatan saya dan berkata beberapa perkara yang tidak dapat didengari kerana saya meneruskan laporan. Ia adalah perasaan yang mengerikan," kongsi Bianca.

Bianca turut memuji jurukameranya, Julius Costas, yang berlari untuk memastikan keadaannya ketika itu. -Thesun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain