suria

Zakar mencanak tiga hari tak turun-turun... Lelaki terpaksa jumpa doktor, minta tolong kecutkan kemaluan

Seorang lelaki dikejarkan ke hospital kerana mengalami ereksi melampau selama tiga hari.

AKIBAT mengalami situasi zakar tegang selama tiga hari, seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut portal Daily Express, lelaki berusia 46 tahun itu menelan beberapa pil perangsang sekali gus hingga menyebabkan zakarnya menjadi tegang secara berterusan.

Buntu kerana alat sulit tidak mengendur hingga menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau, individu berkenaan dibawa ke pusat kesihatan di Joao Pessoa di Timur Laut Brazil, baru-baru ini.

Lelaki berkenaan menerima rawatan daripada pakar Urologi, André Brasileiro yang turut memberi pesanan ketika ditemui media.

“Seperti mana-mana ubat, ia perlu digunakan dengan bimbingan pengamal perubatan," katanya.

Ketika dirawat, doktor tersebut membuat satu tusukan pada pangkal zakar untuk 'mengecutkan' semula organ tersebut.

Selepas keadaannya stabil, dia dibenarkan keluar daripada hospital pada Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain