suria

Wanita cangkung, kencing dalam mangkuk adunan menang pampasan RM115,878 daripada bekas bos

Pekerja di premis makanan mahupun minuman perlu sentiasa mengekalkan kebersihan.

MESKIPUN ditangkap ketika membuang air kecil ke dalam bekas adunan, seorang pembuat roti wanita berjaya mendapatkan pampasan RM115,878 (£20,000) dari kedai tempatnya bekerja.

Mahkamah Tinggi Catalonia memutuskan kedai roti, Neucroissant, di Barcelona, ​​Sepanyol, bertindak menyalahi undang-undang dengan mengumpul bukti daripada kamera di bilik persalinan.

Mana tidaknya, pemilik kedai terbabit telah mengupah sebuah syarikat detektif untuk menjejaki pergerakan pekerjanya yang didapati mencangkung dan membuang air kecil di dalam mangkuk adunan.

Berdasarkan rakaman yang dikumpul, wanita terbabit dilihat membongkok dan telah membuang air kecil beberapa kali ke dalam bekas yang digunakan untuk membuat barangan di kedai roti itu.

Pun begitu, dia telah membuang air kencing ke dalam sinki dan membasuh semula bekas itu dengan air.

Susulan daripada itu, wanita terbabit diberhentikan semasa sedang bercuti sakit pada 2018.

Berang dengan tindakan yang dikenakan, dia kemudiannya mencabar keputusan pemilik kedai terhadapnya di mahkamah.

Bagaimanapun, nasib menyebelahinya kerana di bawah undang-undang Sepanyol, kamera litar tertutup (CCTV) tidak boleh dipasang di kawasan yang digunakan kakitangan untuk rekreasi dan rehat.

Rakaman di tempat seperti bilik persalinan, ruang makan dan tandas adalah pelanggaran privasi.

Mahkamah juga mendengar kedai roti itu tidak mempunyai bilik persalinan yang ditetapkan, bermakna pekerja terpaksa menukar di kawasan yang juga digunakan untuk pengeluaran. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain