suria

Jenazah pemuda Palestin berbau kasturi, tangan pegang tasbih... Rakan dedah amalan arwah

Jenazah pemuda Palestin ditemukan dalam keadaan yang dimuliakan.

KEKEJAMAN rejim Zionis terus-menerus meragut nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Terbaharu, melalui perkongsian Cinta Syria Malaysia di platform X, jenazah seorang pemuda Palestin ditemukan memegang tasbih di samping jasadnya berbau haruman kasturi.

Arwah yang dikenali sebagai Mustafa Samil terkorban dalam serangan udara Israel.

Seorang rakan ketika sedang memapah jenazah sempat menceritakan amalan baik arwah sehingga dia pergi dalam keadaan yang sebegitu mulia.

"Demi Allah. Saya saksi dia seorang ahli masjid. Setiap kali waktu solat, sebelum azan yang kedua, dia yang terawal hadir ke masjid.

“Dialah yang mengajak seluruh penduduk kejiranan untuk solat berjemaah. Dia turut menghubungi saya untuk menunaikan solat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, arwah akan bersedih jika ada sahabat dan jiran tetangga tidak hadir ke masjid untuk solat berjemaah.

“Dia juga sentiasa melazimi solat lima waktu di masjid. Oleh sebab itu, kita dapat bau kasturi daripada tubuhnya. Semoga Allah mengangkat darjatnya ke tempat tertinggi,” katanya.

Terjemahan Bahasa Melayu dalam video disediakan oleh Cinta Syria Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain