suria

Gara-gara patah hati, wanita anjur majlis pengebumian diri sendiri

Wanita ini mengadakan pengebumian untuk dirinya bagi menandakan kebangkitan selepas putus cinta.

HATI yang patah pastinya sukar untuk dirawat.

Setiap insan mempunyai cara yang tersendiri untuk berdamai dengan takdir.

Begitulah kisahnya untuk seorang wanita di wilayah Sichuan, China ini, dia mengadakan acara pengebumian untuk diri sendiri dalam usahanya untuk pulih selepas putus cinta.

Wang, 25, menjemput rakan-rakannya menghadiri acara pengebumian itu untuk ‘mengucapkan selamat tinggal’ kepadanya pada 28 Oktober lalu.

Hubungan Wang dengan teman lelakinya selama tiga tahun berakhir enam bulan lalu selepas ibu bapanya tidak membenarkan mereka berkahwin.

Sejak menghadiri beberapa majlis perkahwinan baru-baru ini, Wang tertekan kerana sering disoal oleh rakan-rakannya mengenai tarikh perkahwinannya.

Wang berniat mengadakan acara pengebumian itu untuk memberi peluang kepada rakan-rakannya berkumpul dan menandakan kebangkitan hidupnya tanpa teman lelaki.

Lebih 12 rakan Wang dijemput ke sebuah kedai bunga di bandar Chengdu dengan tempat itu disediakan secara percuma oleh pemilik kedai tersebut.

Rakaman kejadian memaparkan Wang berbaring di atas katil dikelilingi lilin, manakala rakan-rakannya melakukan ritual seperti acara pengebumian. - South China Morning Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain