BERKHATAN untuk anak lelaki adalah satu perkara yang dituntut di sisi agama. Kanak-kanak kebiasaannya akan 'disunatkan' apabila mereka berumur sekitar 12 tahun dan sambutan akan dianjurkan untuk meraikan momen bersejarah ini. Jika di Malaysia, antara tradisi sambutan bekhatan adalah siraman air bomba secara beramai-ramai dan hidangan pulut kuning. Namun, lain kisahnya untuk keluarga di Jakarta, Indonesia ini apabila merka mengadakan majlis berkhatan yang mirip seperti majlis perkahwinan. Dalam video yang tular di platform TikTok itu, Ibu bapa budak lelaki yang berkhatan itu dilihat memakai sut dan gaun seperti pengantin. Majlis itu diadakan dengan sangat meriah dan hiasannya bertemakan ala-ala perkahwinan di hotel lima bintang. Ibu budak lelaki itu dilihat keluar dari kereta sambil diiringi beberapa rakan supaya gaunnya tidak kotor terkena tanah. Pasangan itu bersama anak mereka kemudian diarak ke dewan majlis sebelum disambut tetamu jemputan. Di akhir video, terdapat acara membaling belon ke udara seperti yang sering diadakan semasa majlis perkahwinan. “Ibunya bersolek seperti pengantin baharu "Ini sangat melampau,” kata sebahagian netizen di ruangan komen. Wolipop ketika menghubungi ibu bapa kanak-kanak tersebut mengesahkan bahawa ia merupakan majlis berkhatan. - Wolipop Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube