HADIAH bernilai tinggi daripada mereka yang tidak rapat harus dicurigai. Demikianlah kisahnya apabila seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun di wilayah Hunan, China menerima hadiah seutas rantai berlian asli daripada rakan sekelasnya. Ibu kanak-kanak tersebut, Tang mengakui lebih risau apabila penjaga rakan anaknya enggan bersetuju dengan permintaannya untuk memulangkan rantai tersebut. Tang pada awalnya menganggap rantai yang dibawa pulang anaknya sebagai mainan kanak-kanak. Namun apabila diperiksa lebih dekat, dia menyedari rantai itu asli. Anak Tang memberitahu dia pada awalnya menolak hadiah itu, namun budak lelaki tersebut berkeras dan enggan menerimanya semula. Tang menghubungi ibu bapa budak lelaki itu dan dia diberitahu bahawa rantai tersebut benar-benar asli dan berharga 20,000 yuan (RM12,928). Apabila Tang ingin memulangkan rantai itu, dia terkejut kerana mereka enggan menerimanya semula. Tang memutuskan untuk memulangkan sendiri rantai itu pada hari berikutnya ketika dia menghantar anak ke sekolah. Dia juga beberapa kali memberitahu anak perempuannya supaya tidak menerima hadiah daripada orang lain. - Thaiger.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube