suria

Genap sebulan serangan tentera Israel, angka korban rakyat Palestin melebihi 10,000 orang

Kelihatan suar yang dijatuhkan oleh tentera Israel di gaza. -Gambar Getty Images

LEBIH 10,000 rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin.

Jumlah kematian yang direkodkan dalam tempoh 31 hari pertempuran adalah 10,022 kes, di mana sebanyak 4,102 daripada jumlah tersebut melibatkan kanak-kanak, kata kementerian berkenaan.

Angka yang dikemas kini itu dikeluarkan selepas serangan tanpa henti Israel pada Isnin, di mana Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata mereka menyerang lebih 450 sasaran udara termasuk kawasan tentera Hamas.

Pemimpin agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan kemanusiaan pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama menggesa supaya gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan segera. -CNBC

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain