EMIRIAH Arab Bersatu (UAE) akan menubuhkan hospital medan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Emirates. Tindakan itu adalah sebahagian daripada operasi kemanusiaan Gallant Knight 3 yang diarahkan oleh Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan. Pada Isnin, lima pesawat kargo meninggalkan Abu Dhabi dengan membawa peralatan dan bekalan yang diperlukan untuk hospital medan tersebut. Hospital medan itu akan merangkumi jabatan untuk pembedahan am, ortopedik, pediatrik, dan ginekologi, sebagai tambahan kepada unit anestesia dan unit rawatan rapi. UAE baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membawa kira-kira 1,000 kanak-kanak Palestin dan keluarga mereka dari Semenanjung Gaza ke hospital sendiri untuk rawatan. - Arabnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube