suria

Israel setuju mulakan jeda kemanusiaan 4 jam untuk penduduk tinggalkan utara Gaza

Tempoh tersebut bagi membolehkan penduduk meninggalkan utara Gaza menuju ke selatan. -Gambar Reuters

RUMAH Putih berkata Israel telah bersetuju untuk melaksanakan pelan jeda kemanusiaan selama empat jam sehari dalam serangannya ke atas Hamas di utara Gaza, bermula Khamis.

Jurucakap Majlis Keselamatan White House, John Kirby berkata, jeda itu dipersetujui dalam perbincangan oleh pegawai dari Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalam beberapa hari kebelakangan ini, termasuk antara Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut Kirby, jeda tersebut membolehkan penduduk meninggalkan utara Gaza dan bantuan kemanusiaan boleh disampaikan.

Jeda itu juga boleh digunakan untuk membebaskan tebusan, katanya.

"Kami telah dimaklumkan oleh pihak Israel bahawa tidak akan ada operasi ketenteraan di kawasan ini semasa jeda, dan proses itu bermula hari ini (Khamis)," kata Kirby.

Beliau berkata pelaksanaan jeda itu akan diumumkan tiga jam lebih awal.

Kirby memanggil pelan jeda sebagai langkah yang betul.

"Kami fikir ini adalah langkah pertama yang penting dan kami pastinya mahu ia dapat diteruskan jika perlu," tambahnya. -Arabnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan