suria

Lelaki sedang uji ‘tangkal kalis peluru’ maut ditembak pawang

‘Tangkal kalis peluru’ sering digunakan oleh penduduk Nigeria untuk tujuan tertentu.

SEORANG lelaki di negeri Bauchi, Nigeria mati ditembak ketika sedang menguji kekebalan ‘tangkal kalis peluru’ yang diperoleh daripada seorang pawang.

Pawang tersebut yang menembak mangsa dengan sepucuk pistol buatan tempatan telah ditangkap bersama dua suspek, manakala suspek yang lain masih bebas.

Menurut jurucakap polis, Ahmed Wakil, mangsa dikenali sebagai Muhammadu Ali, 43, yang merupakan penduduk kampung di kawasan berkenaan.

Polis yang mendapat maklumat segera ke lokasi kejadian dan bergegas membawa mangsa ke hospital.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

‘Tangkal kalis peluru’ sering digunakan oleh penduduk Nigeria di mana orang ramai menggunakan khidmat dukun dan pawang untuk pelbagai tujuan tertentu. -Africanews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain