PENAMPILAN menarik antara perkara utama yang dititikberatkan bagi mendapatkan pekerjaan atau pasangan hidup. Malah kebanyakan calon temuduga memilih pakaian kemas dan sopan bagi melambangkan imej serta peribadi mereka di samping selari dengan protokol majlis. Namun berbeza pula dengan seorang wanita dari Guangzhou, China ini apabila dia hadir ke sesi temuduga dengan memakai skirt hitam yang jarang. Bukan itu sahaja, bajunya turut mendedahkan bahagian dada dan paha. Susulan daripada penampilan seksinya itu, dia lebih 'menyerlah' berbanding calon lain. Tambahan pula dia mempunyai sikap yakin dan personaliti yang berseri-seri meskipun usianya agak muda. Penemuduga turut memujinya seorang yang petah berkata-kata dan berkeyakinan. Pun begitu, merek meluahkan kebimbangan untuk membuat pilihan kerana penampilannya. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube