suria

Selepas dakwa Hamas kendali 'command centre' di Hospital al-Shifa, tentera Israel dedah penemuan senjata api

Tangkap layar rakaman video beberapa barangan yang didakwa milik Hamas.

TENTERA Israel mendakwa tiga beg sandang milik pejuang Hamas ditemukan di dalam makmal MRI (Magnetic Resonance Imaging) Hospital al-Shifa Gaza.

Turut ditemukan adalah senapang, bom tangan, pakaian seragam Hamas dan jaket serta komputer riba.

Perkara tersebut didedahkan menerusi rakaman video di dalam kompleks perubatan berkenaan.

Beg sandang yang didakwa milik Hamas di dalam makmal MRI Hospital Al-Shifa.

Beg sandang yang didakwa milik Hamas di dalam makmal MRI Hospital Al-Shifa.

Jurucakap tentera Israel Jonathan Conricus berkata, senjata yang ditemukan pihaknya tidak mempunyai sebarang 'urusan' di dalam hospital.

Terdahulu, serbuan di hospital terbesar di Gaza itu telah memasuki hari kedua selepas tentera Israel mendakwa Hamas mengendalikan terowong bawah tanah dan pusat arahan termasuk pos tentera.

Dakwaan Israel turut disokong oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, yang menuduh Hamas melakukan jenayah perang dengan menempatkan ibu pejabat tenteranya di bawah hospital. - Al Jazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain