SEORANG wanita bertindak menyerbu majlis perkahwinan bekas kekasihnya bagi meminta penjelasan dan memastikan sama ada lelaki tersebut masih mempunyai perasaan cinta terhadap dirinya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Suzhou, wilayah Jiangsu, China. Difahamkan, wanita tersebut dan bekas kekasihnya menjalinkan percintaan selama tujuh tahun sebelum berpisah. Ketika muncul di majlis berkenaan, dia tidak dapat mengawal emosi dan meluru memeluk bekas teman lelakinya sambil menangis. Wanita itu turut menghempaskan dirinya ke lantai bagi menghalang bekas kekasihnya mengahwini pengantin perempuan. Para tetamu yang terkejut menyaksikan 'drama' berkenaan bergegas membantu wanita tersebut tetapi dia berdegil dan enggan melepaskan kaki pengantin lelaki. "Kita bersama selama tujuh tahun. Adakah awak sudah lupa tujuh tahun cinta kita?" katanya. Bekas kekasihnya menunjukkan ekspresi wajah yang sedih dan menggenggam tangan wanita itu, manakala pengantin perempuan pula tidak menunjukkan reaksi marah. Kisah tersebut tular di internet dengan ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan. -Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube