suria

Bantuan PBB disekat, hanya 2 lori tangki sehari untuk bekalan api rakyat Palestin

Rakyat Palestin cuba ikhtiar hidup selepas dibedil tentera Israel. -Gambar Mahmoud Abo Salamah/AP Photo

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu telah dipaksa menghentikan penghantaran makanan dan keperluan lain ke Gaza.

Susulan itu pihaknya memberi amaran tentang kemungkinan terdapat peningkatan rakyat Palestin yang kebuluran ekoran kekurangan bahan api, selepas perkhidmatan internet dan telefon terputus di kawasan yang dikepung.

Penasihat keselamatan negara Israel berkata, Kabinet Perang negara itu telah bersetuju untuk membenarkan dua lori tangki bahan api memasuki Semenanjung Gaza setiap hari.

Pun begitu, kuantiti yang disifatkannya adalah sangat minimum dan jauh kurang daripada apa yang PBB nyatakan.

Pemutusan komunikasi memasuki hari kedua pada Jumaat.

Ia sebahagian besarnya telah memisahkan 2.3 juta penduduk Gaza daripada satu sama lain dan dunia luar, sekali gus menghentikan penyelarasan bantuan daripada pasukan kemanusiaan. - Al Jazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain