MEREKA yang pernah dicurangi pasti akan berasa sakit hati dan 'trauma'. Mengalami situasi sama, seorang wanita bertindak membakar bilik tidurnya yang didiami suami serta anak tirinya di Batam Indonesia. Susulan tindakan tersebut, anak tirinya yang masih belajar di sekolah rendah meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital. Menurut pegawai polis Lubuk Baja, Yudi Arvian, perbuatan suspek terbongkar selepas pihaknya mendapatkan keterangan daripada saksi. "Suspek dipercayai baru 10 bulan menikah dengan bapa mangsa. "Malah dia melarikan diri selepas kejadian tersebut. "Kebakaran yang berlaku menyebabkan mangsa mengalami 80 peratus melecur di badan," katanya. Pun begitu, suspek berjaya diberkas dan motif kejadian kerana cemburu. - Okezone Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube