SITUASI cemas apabila seorang pemuda didakwa lesap di ladang kelapa sawit. Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Jambi, Indonesia itu, penduduk tempatan bekerjasama untuk membantu mencari lelaki berkenaan. Namun, ketika usaha pencarian menemui kegagalan dan harapan semakin menipis, seorang penduduk bertindak melaungkan azan di lokasi pemuda itu kali terakhir dilihat. Selepas azan berkumandang, lelaki itu yang dikenali sebagai Usman akhirnya pulang ke rumah pada pukul 1 pagi dalam keadaan bingung. Menerusi video TikTok yang tular, sekumpulan penduduk dilihat giat mencari pemuda terbabit dalam kegelapan malam. “Man, balik man,” jerit seorang penduduk untuk cuba menarik perhatian Usman. Selain membawa obor api, mereka juga membawa peralatan dapur yang dibunyikan untuk berbuat bising sambil mencari Usman. Penduduk tempatan termasuk warga maya menzahirkan rasa syukur yang tak terhingga apabila Usman berjaya ditemukan semula. - Tribun Medan.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube