suria

Israel bom 2 sekolah kendalian PBB di utara Gaza, sekurang-kurangnya 50 terkorban

Asap dan debu berkepul selepas serangan tentera Israel di Gaza. -Gambar Reuters

BERPULUH-PULUH maut dan cedera selepas tentera Zionis mengebom Sekolah al-Fakhoora dan kemudiannya menyerang sebuah lagi sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk di Tal al-Zataar.

Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan ke atas Sekolah al-Fakhoora, kata Kementerian Kesihatan Palestin pada Sabtu.

Sekolah-sekolah tersebut yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza menempatkan beribu-ribu penduduk Palestin yang terlantar akibat peperangan.

Serangan ke atas al-Fakhoora dipercayai berlaku pada awal pagi, manakala serangan ke atas Tal al-Zaatar berlaku pada sebelah petang Sabtu.

"Mayat ada di mana-mana dan pasukan perubatan cuba memindahkan mangsa yang cedera," kata pemberita Al-Jazeera, Tareq Abou Azzoum, yang melaporkan situasi di sekolah al-Fakhoora.

Sekurang-kurangnya 12,000 orang telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. -Aljazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain