suria

Israel dakwa pintu terowong, tangga berpusing bukti 'kubu' Hamas... Banyak lagi video pendedahan akan muncul

Pintu masuk dan terowong yang didakwa berada di bawah Hospital al-Shifa. -Gambar IDF

SELEPAS dakwaan kononnya peralatan ketenteraan ditemukan, kini tentera Israel mengeluarkan satu lagi video yang memaparkan 'pintu' masuk ke rangkaian terowong Hamas yang terletak di bawah Hospital al-Shifa di Gaza

Menerusi klip video yang diambil menggunakan kamera kawalan, terdapat tangga berpusing sedalam sembilan meter ke bawah tanah sebelum menuju ke terowong besar kira-kira 580 meter yang telah dikubu daripada serangan.

Ia telah disokong dengan beberapa kubu, termasuk pintu kalis letupan dan lubang tembakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Israel keluarkan video geledah Hospital al-Shifa, apa yang ditemukan? Ramai nak tengok dakwaan wujud terowong Hamas

Menurut wakil tentera Israel, pintu jenis itu digunakan untuk menghalang pasukannya daripada memasuki pusat perintah serta aset bawah tanah milik Hamas.

Terowong itu ditemukan di bawah bangsal yang mengandungi beberapa senjata kecil termasuk RPG, bahan letupan dan senapang AK-47.

Bagi pihak Israel, penemuan tersebut membuktikan dakwaan mereka sejak konflik bermula adalah benar.

Kesan tembakan dari dalam terowong berkenaan. -Gambar IDF

Kesan tembakan dari dalam terowong berkenaan. -Gambar IDF

IDF dan Agensi Keselamatan Israel juga menyatakan mereka mempunyai 'bukti' tebusan Israel dibawa ke hospital selepas Hamas melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 7 Oktober.

Dalam klip berasingan, pejuang Hamas dilihat membawa orang awam Nepal dan Thailand selepas mereka diambil dari Israel.

Selain itu, beberapa kenderaan IDF yang dicuri semasa operasi itu dilihat dalam lingkungan hospital.

Tambah tentera Israel, maklumat yang diperoleh mereka membuktikan bahawa Hamas telah menggunakan hospital sebagai penutup untuk aktiviti mereka.

Penasihat Benjamin Netanyahu, Mark Regev turut menyatakan pihaknya telah menemui bilik arahan dan kawalan Hamas di hospital berkenaan.

"Sekali lagi kami perlu menunjukkan dan ia hanya menunggu masa.

"Pihak tentera perlu bersiap sedia kerana terowong bawah tanah itu dipercayai akan dipenuhi dengan perangkap samar," tambahnya. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain