suria

Bayi pramatang meninggal dunia selepas sesi photoshoot, rupanya klinik buat tanpa pengetahuan keluarga

Kisah seorang bayi pramatang yang meninggal dunia selepas sesi penggambaran menjadi tular di media sosial. -Gambar Tribunnews

KECOH di media sosial dengan kes kematian seorang bayi pramatang di Indonesia yang disyaki meninggal dunia selepas pihak klinik menjalankan sesi penggambaran (newborn photoshoot).

Dikhabarkan, sesi penggambaran terhadap bayi pramatang yang dilahirkan seberat 1.5 kilogram itu, dijalankan oleh pihak klinik tanpa pengetahuan keluarga mangsa.

Berita kematian bayi pramatang itu menjadi viral di media sosial selepas dikongsi oleh akaun Instagram @nadiaanastasyasilvera pada minggu lalu.

Pemilik akaun yang juga ahli keluarga bayi malang berkenaan memuat naik dua gambar dan satu video, menunjukkan seorang bayi kecil berada di dalam inkubator dan gambar sedang melakukan 'pose'.

"Bayi seberat 1.5 kg sepatutnya berada di dalam inkubator, dijaga dengan baik dan betul di NICU, sebaliknya anda menjadikannya sebagai kandungan (content) dan ulasan (riviu)," tulisnya pada bahagian kapsyen.

Difahamkan, bayi tersebut lahir pada 6 November (Isnin) lalu dan dibenarkan pulang pada keesokan harinya.

"Selasa pukul 08.30 bayi itu disuruh pulang! Dia tidak diberi surat atau sebarang dokumen," tambahnya.

Bayi itu kemudiannya dijaga oleh keluarganya di rumah, tetapi tidak tidak mahu meminum susu ibu sehingga akhinrnya meninggal dunia.

Keluarga mangsa sudah membuat laporan polis terhadap klinik berkenaan berhubung dakwaan perkhidmatan tidak memuaskan dan melakukan penyelewengan perkhidmatan. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain