suria

Keajaiban! Pendaki hilang dalam taman negara selama lebih seminggu ditemukan selamat

Seorang pendaki ditemukan selamat walaupun telah hilang selama lebih seminggu.

TIDAK akan terpisah nyawa daripada jasad selagi belum tiba ajal.

Begitulah kisahnya untuk seorang pendaki wanita di Taman Negara Big Bend, barat daya negeri Texas, Amerika Syarikat apabila dia ditemukan selamat selepas hilang selama lebih seminggu.

Perkara itu dmaklumkan oleh Pegawai Perkhidmatan Taman Negara.

“Pendaki itu berjaya ditemui. Dia sedang dihantar ke hospital di Odessa,” kata jurucakap taman negara, Tom VandenBerg.

Christy Perry, 25, menyewa sebuah kenderaan di Midland pada 8 November lalu dan meletakkan kereta di Lost Mine Trailhead pada keesokan harinya, demikian kata Perkhidmatan Taman Negara (NPS) dalam satu kenyataan.

Perry dilaporkan hilang selepas dia tidak hadir untuk mengesahkan tempahannya pada 9 November lalu di tapak perkhemahan di taman itu.

Lost Mine Trailhead ditutup Khamis lalu ketika pihak berkuasa mencari Perry.

Mereka meminta pejalan kaki lain yang mungkin melihat Perry di laluan itu antara 8 November dan 9 November untuk menghubungi pihak berkuasa. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain