suria

Cahaya terang sinari langit dan bunyi dentuman gegar tanah, NASA siasat aduan penduduk kewujudan UFO

NASA menyiasat aduan penduduk mengenai penampakan kejadian pelik.

ADAKAH kita benar keseorangan di galaksi Bima Sakti ini?

Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Terbaharu Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) memaklumkan sedang menyiasat kejadian aneh berupa penampakan cahaya terang di langit yang mengeluarkan bunyi dentuman kuat.

Segalanya bermula pada malam Isnin lalu apabila penduduk yang tinggal dalam lingkungan 80 kilometer di Minnesota, Amerika Syarikat melaporkan melihat satu objek terang melintang di langit.

Selain mendengar bunyi dentuman yang menggegarkan tingkap dan rumah mereka.

NASA percaya objek misteri itu bersaiz sebesar peti sejuk dan meluncur di atmosfera pada kelajuan antara 48,280 hingga 209,214 kilometer sejam.

Bagaimanapun Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami mendedahkan, letupan sonik yang terlalu dekat dengan daratan itu berasal daripada sebutir meteor dan tidak menyebabkan kemusnahan.

Ahli fizik tempatan yang mengkaji kejadian itu, Profesor Jun Cabanela berkata, keadaan semasa insiden berlaku menunjukkan bahawa objek itu bukan meteor biasa.

Tiga video mengenai kejadian itu juga diperoleh oleh pengarah Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami, Chris Muller.

“Saya tidak fikir ia objek terbang tidak dikenali (UFO) dalam erti kata lain, makhluk asing.” kata Muller. - Metro UK

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain