suria

Askar Zionis tiada adab! Berlumba kereta kebal dan vandalisme di kawasan pencerobohan

Tentera Zionis melakukan rondaan di sempadan Lebanon-Israel.

ASKAR Zionis bukan sahaja tidak mempunyai perikemanusiaan, malah bertindak biadab di tanah Gaza.

Askar-askar Israel dilaporkan melanggar disiplin dan bertindak secara tidak teratur ketika melakukan pencerobohan di bumi Palestin.

Seorang komander tentera Israel melaporkan dia melihat askar-askarnya bermain bola sepak, berenang di perairan Gaza dan menconteng dinding rumah-rumah penduduk Palestin.

Mereka juga dilaporkan menanam pokok yang dibawa dari luar Gaza selain berlumba kenderaan.

Seorang veteran tentera Israel menerima maklumat bahawa beberapa kenderaan berperisai, kereta kebal dan jentolak tentera terlibat dalam perlumbaan ke garisan penamat.

“Selalunya, ada seorang pemandu yang mahu tiba dahulu atau seseorang yang memintas garisan sebelum kemudian berlakunya ketegangan antara mereka,” katanya.

Tambah sumber itu, terdapat satu insiden sebelum ini yang berakhir dengan pelanggaran antara kenderaan berat sehingga membawa kepada kerosakan serta menyebabkan kematian anggota tentera.

“Ini menunjukkan masalah disiplin yang berat di kawasan itu dan perlu ditangani segera,” katanya.- Middle East Monitor

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain