suria

Loya tekak! Bapa dan anak termakan samosa inti cicak, dedah rasa tekstur kenyal

Seorang bapa dan anak menemukan sesuatu yang asing di dalam samosa yang dimakan.

KEMBANG tekak!

Makanan yang dijamah pastinya perlu halalan toyyiban dan bersih kerana ia akan menjadi sebahagian daripada darah daging sendiri.

Demikianlah kisahnya untuk seorang lelaki dan anak perempuannya apabila mereka menemukan bangkai seekor cicak dalam hidangan samosa goreng yang dibeli dari sebuah kedai di daerah Hapur, negeri Uttar Pradesh, India.

Pada mulanya, gadis berusia 13 tahun itu sedang menggigit samosa tersebut apabila dia merasakan sesuatu yang kenyal.

Dia kemudiannya menemukan seekor cicak mati.

Dia segera menunjukkan cicak itu kepada bapanya, Manoj Kumar yang sudah menghabiskan beberapa samosa itu.

Kedua-dua mereka kemudian memuntahkan makanan yang sudah ditelan.

Rakaman kejadian memaparkan situasi Kumar meludahkan samosa yang dimakannya di tepi jalan.

Manoj kemudian memanggil polis ke kedai tersebut.

Bagaimanapun, peniaga kedai makan itu menafikan penemuan cicak tersbeut dengan penjelasan mengatakan dia menyumbat isi kentang itu menggunakan tangannya sendiri.

Anak perempuan Manoj kemudian dikejarkan ke hospital selepas kerap mual dan muntah namun kini dalam keadaan stabil.

Pegawai polis berkata, pihaknya masih menyiasat kes tersebut. - Ary News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain