suria

Lelaki putus cinta selepas menang loteri, pelik teman wanita nak bolot duit kemenangan

Pelaburan antara perkara utama bagi pemenang loteri. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki disifatkan seperti kacang lupakan kulit selepas dia meninggalkan teman wanita sejurus memenangi hadiah utama loteri bernilai RM933,500.

Pun begitu, dia menyatakan tindakan tersebut demi mempertahankan diri selepas kekasihnya menuntut sebahagian besar daripada jumlah kemenangan selain sering memberinya tekanan.

Berkongsi pengalamannya di Reddit, lelaki warga Kanada itu berkata, hubungannya mula bermasalah apabila dia mendedahkan perkara tersebut kepada teman wanita.

Mana tidaknya, wanita terbabit meminta dia menyerahkan sebahagian besar daripada wang tersebut dengan alasan bahawa dia berhak menerimanya berdasarkan hubungan yang terjalin.

Bagaimanapun, dia menentang dan menjelaskan bahawa wang tersebut akan digunakan untuk pelaburan dan menyara keluarganya.

Malah turut menegaskan bahawa pasangan itu tidak pernah membincangkan perkongsian kewangan atau membuat keputusan sebelum memenangi loteri.

Dia kemudian meminta nasihat daripada netizen, mempersoalkan sama ada keputusannya itu betul atau salah.

Pun begitu ramai pengguna Reddit menyokongnya dan bersetuju bahawa dia telah membuat keputusan yang betul serta melabelkan bekas teman wanitanya sebagai 'penggali ema's yang licik.

“Saya rasa sudah tiba masanya awak buang dia. Jangan fikir nak kahwin dengan dia, kalau tidak, dia akan curang dengan awak sepanjang hayat awak.

"Siapa yang mementingkan diri dan tamak sekarang? "Saya tahu anda menyimpan wang untuk masa depan yang lebih baik bersama keluarga," ujar beberapa warga maya. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain