SEKUMPULAN 28 bayi pramatang dari Gaza telah dipindahkan dari hospital di dalam kawasan Palestin ke Mesir untuk menerima rawatan. Menurut ketua unit neonatal di Hospital Bersalin Al-Halal Al-Emirati di Rafah di selatan Gaza, Dr Mohammad Salama, kesemua bayi yang tiba dari Hospital al-Shifa berada dalam keadaan teruk. Bayi memerlukan penjagaan rapi. Kakitangan perubatan di sebelah Mesir lintasan sempadan Rafah dilihat berhati-hati mengambil bayi dari dalam ambulans dan meletakkan mereka ke dalam inkubator mudah alih, yang kemudiannya digerakkan melintasi tempat letak kereta ke arah ambulans lain. “Kesemua 28 bayi itu selamat tiba di Mesir. Tiga bayi masih kekal di Hospital Emirati dan terus menerima rawatan,” kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam respons melalui e-mel kepada agensi berita Reuters. Ditanya mengenai keadaan bayi, ujarnya, kesemua bayi sedang melawan jangkitan serius dan terus memerlukan penjagaan kesihatan. - Al Jazeera Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube