suria

Keajaiban di Gaza... Bayi terselamat 3 kali dibom Israel, semua keluarga mati syahid

Bayi bernama Noor Ahmed Ashour yang terselamat dalam tiga serangan Israel. -Sumber laman X

DALAM ketegangan isu yang melanda Gaza akibat peperangan antara Israel dan Hamas, tanpa diduga berlaku satu 'keajaiban'.

Dilaporkan seorang bayi perempuan terselamat dan masih hidup meskipun terlibat dalam serangan tentera Israel.

Namun, bayi berkenaan kini menjadi anak yatim piatu dan tinggal sebatang kara.

Menerusi satu perkongsian, bayi yang bernama Noor Ahmed Ashour itu berusia enam bulan, anak kepada pasangan mangsa syuhada, Khamis Younis dan Ashour.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bayi ajaib’! Wanita selamat bersalin selepas cedera teruk dalam runtuhan, kediaman musnah dibom Israel

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bayi ajaib' simbol kemenangan! Doktor kongsi kisah wanita hamil maut dibom, janin 32 minggu terselamat

Kediaman meeka di kejiranan Rimal telah dibom, dan kesemua mereka terselamat dalam insiden itu termasuk Noor.

Mereka kemudian berhijrah ke Khan Younis untuk mencari perlindungan, namun kawasan itu juga dibom. Ibu dan adik-beradiknya mati syahid.

Kediaman keluarga bapanya iaitu datuk dan neneknya pula dibom, kesemua mereka mati syahid. Bagaimanapun, Noor terselamat dalam kejadian itu.

Dilaporkan, Noor menyaksikan tiga tragedi yang meragut nyawa keluarganya dan masih terselamat.

Dia kehilangan ibu bapanya, adik-beradik, datuk dan nenek.

"Doakan Noor kekal selamat," menurut perkongsian di laman X.

Kisah 'keajaiban' Noor turut dilaporkan di beberapa media antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain