suria

Gara-gara kantoi rakam gambar anak saudara perempuan, isteri nekad tikam suami

Seorang isteri menikam suaminya menggunakan sebilah pisau kerana rasa cemburu.

WALAUPUN sudah bergelar lelaki dewasa, tetapi masih rapuh mengawal nafsu diri.

Demikianlah kisahnya apabila seorang lelaki di daerah Oral, wilayah Kampong Speu, Kemboja tergamak mengambil gambar anak saudara perempuannya

Menyedari kelakuan buruk itu, isteri lelaki tersebut enggan berpeluk tubuh dan bertindak menikam suaminya.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 8 malam waktu tempatan.

Menurut Polis Daerah Oral, wanita bernama I Sophorn, 39, itu tidak boleh menerima perbuatan suaminya, Om Chhuon yang berumur 44 tahun.

Selepas ditikam, lelaki itu cedera parah pada bahu kirinya dan dikejarkan ke Hospital Wilayah Kampong Speu untuk rawatan lanjut.

Polis berkata, punca si isteri menikam suaminya menggunakan pisau adalah kerana timbul rasa cemburu yang membuak-buak.

Suspek kini ditahan polis dan dibawa ke Inspektorat Polis Daerah Lisan untuk tindakan undang-undang. - Khmer Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain