suria

Tragedi memancing! Remaja selamat selepas panah ikan tertusuk otak

Seorang remaja terselamat selepas panah ikan tertusuk ke dalam kepalanya.

SATU perkara yang tidak tercapai dek akal.

Seorang remaja di Thailand selamat selepas terkena panah ikan yang menembusi otaknya ketika memancing.

Remaja dikenali sebagai Chayathorn, 14, itu dipercayai sedang memancing bersama rakannya di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand.

Namun, dia atau rakannya secara tidak sengaja menembak panah ikan sepanjang 30 sentimeter itu mengenai kepalanya.

Imej X-ray yang didedahkan sebuah hospital menunjukkan panah tersebut tertanam ke dalam tengkorak remaja berkenaan, menyebabkan doktor berusaha untuk menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun, pakar bedah di Hospital Chakkarat dapat mengeluarkan panah yang berada di luar kepala mangsa sebelum mengeluarkan bahagian logam tersebut yang tertanam di dalam otaknya.

Panah ikan yang tertanam itu kemudian telah ditarik keluar dari otaknya, manakala remaja tersebut kekal berada di bawah pengawasan rapi.

Doktor bagaimanapun bimbang risiko penyakit yang mungkin merebak secara dalaman akibat logam yang tidak bersih itu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain