SELEPAS kira-kira 12 hari hilang tanpa khabar berita, mayat seorang mahasiswa ditemukan di dalam belukar dalam keadaan hanya tinggal rangka di Indragiri Hulu, Riau, Indonesia. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Lily Suryani Ningsih, 21, seorang mahasiswa Institut Teknologi dan Perniagaan (ITB) di Indragiri Hulu, ditemui penduduk kampung yang curiga dengan kehadiran bau busuk yang datang dari kawasan semak pada 13 November lalu. Menurut kakak mangsa, Rima Andika, adiknya tidak dapat dihubungi sejak 1 November lalu. Hasil siasatan polis akhirnya membawa kepada penangkapan seorang kenalan mangsa yang dikenali sebagai Zulkifli. Menurut Ketua Polis, AKBP Dody Wirawijaya, hasil soal siasat, suspek mengaku baru tiga kali bertemu dengan mangsa. Malah suspek mempunyai niat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan dengan mangsa, walaupun sudah mempunyai isteri. Pada kali ketiga pertemuan, kedua-duanya meluangkan masa makan malam dan berjalan bersama-sama. Setibanya di sebuah kampung, suspek mengheret mangsa ke belukar, mencekiknya menggunakan tangan dan tudung, sebelum menendang muka mangsa dan kemudian meninggalkannya. Menurut Dody, suspek melakukan pembunuhan tersebut kerana wang dan harta. -Tribunnews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube