suria

Bau busuk macam racun, pelancong wanita dikecam gara-gara cat kuku dalam pesawat

Wanita itu mengecat kukunya ketika dia berada dalam sebuah penerbangan. -Gambar Twitter @JTGenter

SEORANG pelancong wanita dikecam oleh netizen selepas dia mengecat kukunya di dalam pesawat.

Menerusi perkongsian di laman X oleh seorang penumpang, wanita itu dilihat sedang mengecat kuku di tempat duduknya, bersebelahan tingkap.

Menurut pengadu, cat kuku yang berbau seperti racun itu membuatkan penumpang pesawat tidak selesa.

"Kepada pengguna cat kuku. Kenapa anda cat kuku ketika berada dalam ruangan tertutup dengan ratusan orang yang anda tak kenal sehingga mereka terpaksa menghidu baunya?

"Sesetengah daripada kami sensitif dengan bauan kimia seperti racun," ciapnya.

Turut mencuri tumpuan netizen, terdapat tin minuman beralkohol di tempat duduk wanita itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain