suria

Suami dakwa isteri sarat hamil maut digigit kala jengking, tapi tiada kesan... Polis siasat kemungkinan dibunuh

mati kala jengking

SEORANG wanita di Costa Rica yang sarat mengandung meninggal dunia didakwa akibat terkena gigitan kala jengking.

Evelyn Vásquez Villalobos yang sedang sarat hamil sembilan bulan dilaporkan jatuh sakit ketika berada di rumahnya di bandar San Ramón.

Suaminya, Calvo Rodriguez, 41, kemudian menghubungi ambulans namun ketika paramedik tiba, wanita tersebut disahkan sudah meninggal dunia.

Malangnya, mereka juga tidak dapat menyelamatkan bayi di dalam kandungannya.

Suami Evelyn memaklumkan paramedik dan polis bahawa wanita itu disengat kala jengking sebelum jatuh sakit.

Bagaimanapun, polis turut menyiasat kemungkinan wanita tersebut dibunuh kerana mereka tidak menemui sebarang kesan gigitan haiwan tersebut.

Pihak berkuasa sedang menunggu keputusan bedah siasat dan suaminya telah ditahan sementara siasatan polis diteruskan. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain