suria

UNRWA beri amaran Gaza bakal berdepan dengan wabak penyakit bawaan air

Bekalan air bersih yang terputus menyebabkan kebanyakan penduduk Palestin meminum air yang tercemar. -Gambar Anadolu

KETUA kumpulan bantuan di Gaza telah memberi amaran bahawa wilayah tersebut bakal berdepan dengan wabak penyakit bawaan air.

Philippe Lazzarini, ketua Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, peningkatan penyakit kulit juga memberi kesan kepada penduduk Gaza, yang menurutnya bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan keadaan di kawasan tersebut tidak bersih.

Beliau menyifatkan keadaan di Gaza amat terdesak kerana hanya menerima 10 peratus daripada bekalan makanan yang diperlukan setiap hari, yang dihantar dari Mesir.

Bekalan air bersih yang terputus menyebabkan kebanyakan penduduk Palestin meminum air yang tercemar.

Penduduk turut terdedah kepada dehidrasi dan kekurangan zat makanan juga semakin meningkat, menurut Program Makanan Sedunia PBB.

Bagaimanapun, Philippe meyakinkan pihak wartawan bahawa UNRWA akan tetap berada di Gaza memberikan bantuan. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain