suria

Pemandu nyaris terbabas, sempat rakam lembaga berambut panjang ‘tumpang’ kereta depan

Penampakan lembaga berambut panjang yang 'menumpang' sebuah kereta di Thailand. -Gambar Sanook

TULAR penampakan lembaga menyerupai wanita berpakaian serba putih dengan berambut panjang 'menumpang' di atas bumbung sebuah kereta sehingga nyaris menyebabkan kemalangan jalan raya pada waktu malam.

Video tersebut tular selepas dikongsikan akaun TikTok @c.aphisama.

Ia dirakam oleh individu yang sedang memandu di belakang kereta yang 'ditumpangi' lembaga berkenaan.

"Saya hampir terbabas setelah melihat ini (lembaga) pada pukul 11 malam. Saya fikir ia adalah hantu di atas bumbung. Ia hanya duduk di atas sana dengan rambut panjang dan berpakaian putih," demikian menurut keterangan pada video tersebut. Kejadian berlaku di Thailand namun perakam tidak menyatakan lokasi dengan tepat.

Selepas video penampakan lembaga itu tular, akaun yang sama memuat naik satu lagi video berasingan selepas netizen mempersoalkan kesahihan rakaman tersebut.

Video kedua memaparkan rakaman dari jarak lebih dekat ketika kereta perakam bertindak memotong kereta di hadapannya dengan lembaga itu dapat dilihat lebih jelas.

Namun ada yang berpendapat 'lembaga' tersebut bukan hantu sebaliknya wanita yang berdiri ketika sunroof (cermin suria) dibuka.

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 2.7 juta jumlah tontonan. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain