suria

Sakit hati cinta ditolak, tukang urut rogol bayi 4 bulan... Mangsa ditemukan tanpa pakaian dalam semak

Keadaan mabuk mendorong perlakuan ganas berlaku. -Gambar hiasan

GARA-GARA cinta ditolak, seorang tukang urut tergamak merogol anak lelaki 'kekasihnya' yang baru berusia empat bulan.

Menurut laporan Kompas, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3 pagi, pada Khamis.

"Mangsa hanya disedari tiada di tempat tidur semasa neneknya hendak melakukan solat Subuh.

"Carian dimulakan dan mangsa ditemukan di dalam semak sebuah kebun milik penduduk setempat yang terletak 300 meter dari rumahnya," lapornya.

Lebih menyedihkan apabila mangsa bukan sahaja berada dalam keadaan tidak berpakaian malah mengalami kecederaan di bahagian alat sulit dan beberapa anggota badan.

Situasi tersebut membuatkan ibunya yang berusia 29 tahun meraung kesedihan sehingga mengalami histeria.

Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap pada pukul 2 petang, hari yang sama.

"Berdasarkan keterangan, suspek pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk dan mengakui mempunyai perasaan pada ibu mangsa," tambah laporan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain