suria

Dua rakyat Palestin maut, 11 cedera… Tentera Israel cabul perintah gencatan senjata

Salah seorang rakyat Palestin yang cuba kembali ke Utara Gaza. -Gambar AP

TENTERA Israel disyaki melepaskan tembakan ke arah tebusan warga Palestin yang baru sahaja dibebaskan mereka, semasa gencatan senjata sedang dilaksanakan.

Akibat daripada tembakan tersebut, dua orang dilaporkan maut manakala 11 yang lain cedera.

Insiden berkenaan disaksikan seorang wartawan Associated Press (AP) semasa kesemua mangsa dibawa ke sebuah hospital di kota Deir al-Balah di Gaza selatan akibat serangan Israel.

Mereka yang cedera didapati ditembak pada bahagian kaki.

Penembakan tersebut berlaku selepas tentera Israel mengarahkan supaya warga Palestin yang berada di Gaza Selatan tidak kembali ke rumah mereka di Gaza Utara.

Menurut salah seorang rakyat Palestin, Sofian Abu Amer, dia sanggup mengambil risiko untuk ke utara bagi memeriksa keadaan rumahnya.

“Kami tidak memiliki cukup pakaian, makanan dan minuman. Situasi ini seperti bencana, lebih baik seseorang mati,” luahnya.

Terdahulu, selepas gencatan senjata selama empat hari yang bermula Khamis dilancarkan, ratusan warga Palestin dilihat cuba memboloskan diri ke Gaza Utara. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain