suria

Lelaki tikam bapa mentua selepas tuduh ‘skodeng’ cucu perempuan mandi

Seorang lelaki ditikam selepas didakwa mengintai. -Gambar ThaiRath

SEORANG lelaki menikam bapa mentuanya yang didakwa mengintai anak perempuannya yang berusia 13 tahun sedang mandi di bilik air.

Jiran yang menyaksikan kejadian di luar sebuah rumah di daerah Chai di wilayah tengah Lopburi, Thailand melaporkannya kepada polis, pada 22 November lalu.

Polis menemukan mangsa berusia 66 tahun dengan kesan tikaman di belakang badan dan lengannya.

Dia kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Saksi memberitahu polis bahawa menantu mangsa yang berusia 37 tahun merupakan suspek dalam kejadian itu sebelum melarikan diri bersama dua anak perempuannya berusia 13 dan lapan tahun.

Menurut jiran-jiran, suspek baru berpindah ke rumah mangsa selepas berkahwin dengan anak perempuannya berusia 35 tahun.

Dua anak perempuan berkenaan adalah hasil perkahwinan dengan bekas isteri.

Bagaimanapun, bapa mentua yang cedera menafikan tuduhan itu, berkata dia hanya membetulkan wayar elektrik di luar bilik air.

Menurut mangsa, dia menyedari lampu bilik air berkelip-kelip sebelum berdiri di atas kerusi dan memeriksa wayar elektrik.

Terdapat ruang di antara dinding bilik mandi dan bumbung tetapi menegaskan dia tidak melihat ke dalam bilik mandi.

Kes tersebut dalam siasatan polis. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain