suria

Seram! Pemandu ambulans diganggu kuntilanak selepas upacara pengebumian

Tangkap layar memaparkan kelibat kuntilanak di kawasan perkuburan.

PEMANDU ambulans pasti tidak lekang dengan kisah seram dan mistik.

Mana tidaknya, selain perlu membawa orang sakit dan cedera parah, mereka juga ditugaskan untuk menghantar jenazah ke kubur untuk dikebumikan.

Terkini, seorang lelaki berkongsikan video dia 'didatangi' makhluk halus kuntilanak semasa berada di kawasan perkuburan.

Menurut lelaki bernama Geni Nur Alfiansyah itu, dia terkejut apabila melihat terdapat makhluk halus berada tidak jauh dari ambulans.

"Sementara tunggu urusan pengebumian selesai, tak sangka ada makhluk yang 'duduk' santai," katanya.

Paparan video tersebut menunjukkan Geni berjalan seorang diri menuju ke kenderaannya sebelum tiba-tiba berlari apabila melihat sosok kuntilanak.

Pun begitu, selepas berusaha memasuki ambulans dan bergerak meninggalkan kawasan perkuburan tersebut, dia masih cuba memerhatikan kelibat makhluk berkenaan. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain