suria

Kemaluan pecah, berdarah! Mayat mahasiswa ditemukan tergantung di bilik sewa

Seorang mahasiswa ditemukan mati di bilik sewa. -Gambar IG monalisanababan_

MISTERI kematian seorang mahasiswa menggemparkan warga maya.

Mayat seorang pelajar berusia 23 tahun yang berasal dari Medan, Indonesia itu, ditemukan di sebuah bilik sewa di Bali.

Kakak mangsa berkongsi kisah kematian adiknya yang menyedihkan dan mengesyaki adiknya merupakan mangsa pembunuhan.

Penemuan mayat dibuat pada 18 November lalu oleh pemilik rumah sewa yang curiga bilik mangsa dipenuhi dengan lalat hijau.

Ketua Perhubungan Awam Polis Denpasar, AKP I Ketut Sukadi pada Rabu berkata, pada mulanya pemilik rumah sewa itu curiga kawasan sekitar bilik mangsa dipenuhi lalat dan saksi cuba mengetuk pintu biliknya tetapi tiada respons.

Mangsa berusia 23 tahun.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tergantung bersandar pada pintu bilik tidur.

Manakala kedua-dua kaki dikatakan mencecah lantai.

Selain itu, hidung mangsa mengalami pendarahan, terdapat kesan bengkak dan kulitnya mengeluarkan cecair.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan yang mengerikan, dipercayai dibunuh.

"Kemaluan pecah dan berdarah, seluruh badan lebam, mulut dan hidung berdarah, siku terkehel. Kawasan bilik sewa berlumuran darah," dakwa kakak mangsa.

Susulan itu, AKP I Ketut Sukadi berkata, keluarga meminta bedah siasat dijalankan ke atas mangsa.

Kakak mangsa juga berharap pihak polis dapat menyelesaikan siasatan berhubung kematian adiknya yang menjadi tanda-tanya. - Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan