suria

Askar Israel 'jambu' jadi hinaan masyarakat dunia... Skincare dan mekap tak lupa walau di lapangan

Seorang askar Israel dijadikan bahan jenaka kerana rutin penjagaan kulit wajahnya yang ketat.

WALAUPUN berbadan tegap, tetapi ternyata seorang yang 'lembut' di dalam dan rapuh keyakinan dirinya.

Begitulah kisahnya untuk anggota tentera Israel ini yang menjadi tular di alam maya kerana klip videonya mengenakan produk penjagaan kulit semasa bertugas.

Askar Israel itu pada mulanya dilihat seperti seseorang yang digeruni tetapi kemudiannya membuka poket uniform satu-persatu dan memakai produk penjagaan kulit di wajah.

Dia diperhatikan menyapu krim tangan, membersihkan muka dengan tisu basah, memakai toner, serum dan krim serta krim pelindung matahari.

Selepas itu, dia menyikat janggut dan memakai pelembab bibir.

Menjengah ke ruangan komen di platform media sosial, rata-rata warga maya mengambil peluang untuk berjenaka dan menyelar askar rejim Zionis tersebut.

"Yang diperangi hanyalah bayi dan kanak-kanak di Palestin, sebab itu ada masa untuk menjaga kulit.

"Mereka tidak sedar mereka sedang memalukan diri sendiri dan pasukan mereka," kata pelayar. - Suara.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain