suria

Guru wanita diculik sekumpulan lelaki gara-gara tolak lamaran kahwin

Insiden tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian dan tular di media sosial. -Gambar Indianexpress

SEORANG guru wanita di Karnataka, India diculik sekumpulan lelaki kerana didakwa menolak lamaran salah seorang daripada mereka untuk berkahwin.

Menurut pegawai polis, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis lalu, mangsa yang dikenali sebagai Arpitha ketika itu sedang berjalan ke sekolahnya.

Tiba-tiba dia dihampiri oleh tiga lelaki yang memaksanya masuk ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Insiden tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian dan tular di media sosial.

Hasil siasatan polis, insiden penculikan itu didorong oleh rasa tidak puas hati selepas lamaran salah seorang lelaki tersebut ditolak oleh keluarga Arpitha.

Ibu Arpitha kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian penculikan tersebut.

Polis berhasil menyelamatkan guru wanita berkenaan, manakala suspek yang berjaya dikesan berhampiran Somwarpet di daerah Kodagu turut ditahan. -Indianexpress

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain