suria

Pencuri kabel telekomunikasi ditangkap penduduk kampung... 3 lelaki dibogel, dibelasah atas tanah

Pencuri kabel ditangkap penduduk kampung dan dihukum dengan berat.

NIAT untuk mencuri akhirnya membawa padah!

Tiga lelaki ditangkap selepas cuba mencuri kabel menara internet dalam kejadian di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Mereka seterusnya dibelasah serta dibogelkan penduduk tempatan.

Berdasarkan video yang tular di platform media sosial, penduduk kampung dilihat mengelilingi pencuri tersebut.

Mereka cuba mengikat dan menanggalkan pakaian seorang pencuri itu yang terbaring di atas tanah.

Dua rakan suspek turut menerima nasib sama selepas ditangkap penduduk kampung.

“Tiga pencuri ini pada awalnya menyewa sebuah kereta dan juga mendapatkan perkhidmatan pemandu. Suspek kemudian mendakwa bahawa mereka adalah pegawai telekomunikasi.

“Apabila rangkaian internet terputus, penduduk mendapati tiga pencuri tersebut sedang melarikan kabel.

"Mereka segera mencekup, memukul dan menanggalkan pakaian suspek,” tulis warga maya menjelaskan situasi ketika kejadian.

Kumpulan penduduk itu turut merosakkan kereta yang digunakan suspek dalam jenayah tersebut. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain