suria

Ratusan juta terbang setiap tahun, penduduk tempatan buat burger nyamuk... didakwa tinggi dengan protein

Daging nyamuk dihasilkan untuk membuat burger. -Gambar ECR

KEDENGARAN aneh dan janggal namun siapa sangka, daging burger yang dihasilkan daripada nyamuk didakwa mempunyai jumlah protein yang tinggi!

Segelintir penduduk di Afrika menjadikan nyamuk sebagai daging burger memandangkan ratusan juta serangga itu terbang dari tasik pada musim hujan setiap tahun.

Didakwa, jumlah protein yang terkandung di dalam daging burger nyamuk adalah tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding daging lembu.

Kira-kira 500,000 nyamuk diperlukan untuk menghasilkan sekeping daging nyamuk.

Menurut laman perkongsian Reddit, bagi individu yang tidak boleh makan daging, mereka disarankan mencuba alternatif daging nyamuk untuk mendapatkan sumber protein.

Seorang pengguna Reddit mendakwa dia pernah merasa daging nyamuk dua tahun lalu.

"Saya pernah cuba makan ketika bekerja di sebuah ladang di Mozambique, ia tidak berasa apa-apa," komen pengguna tersebut.

Bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat mengenai implikasi kesihatan berhubung pengambilan daging nyamuk. -Eastcoastradio

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain