GEMPAR video tular seorang wanita cuba membuka pintu kereta api Transit Aliran Massa (MRT) ketika sedang bergerak di Singapura. Polis Singapura dilaporkan sedang menyiasat insiden melibatkan seorang seorang penumpang wanita itu. Berdasarkan sebuah klip video tular di media sosial, wanita itu dilihat cuba membuka pintu MRT yang dalam perjalanan di laluan Utara-Selatan. Beberapa penumpang lain yang berada di dalam kereta api itu kedengaran menjerit ketika kejadian supaya wanita tersebut berhenti bertindak demikian. Sebelah pintu sempat terbuka sedikit sebelum seorang pegawai menghalang wanita tersebut. Presiden SMRT, Lam Sheau Kai berkata, kakitangan stesen MRT dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) Rabu lalu. Katanya, kakitangan SMRT memasuki tren berkenaan untuk menyiasat, namun penumpang tersebut tidak memberi kerjasama dan berkelakuan agresif. Mereka kemudian memanggil polis yang bertugas di stesen itu. Gambar yang dimuat naik secara atas talian selepas kejadian itu memaparkan wanita tersebut ditahan di platform stesen Ang Mo Kio sambil dikelilingi pegawai. - Asia One Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube