suria

Baru sehari bergelar isteri, pengantin wanita maut diserang jerung

Mangsa maut diserang seekor jerung ketika mendayung di resort Sandals di Bahamas. -Gambar CBS NEWS

MALANG tidak berbau.

Seorang wanita maut diserang seekor jerung ketika sedang mendayung di resort Sandals di Bahamas, hanya sehari selepas majlis perkahwinannya.

Wanita itu yang tidak didedahkan identitinya maut selepas cedera parah akibat dibaham jerung pada pukul 11.15 pagi, Isnin.

Menurut berita tempatan, mangsa ditemani seorang lelaki dipercayai suaminya ketika melakukan aktiviti tersebut.

WCVB melaporkan mangsa baru sahaja berkahwin sehari sebelum serangan itu.

Sarjan Polis Diraja Bahamian Desiree Ferguson yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa berasal dari Boston, Amerika Syarikat.

"Sejurus selepas 11.15 pagi polis dimaklumkan bahawa seorang pelawat wanita dari Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat telah diserang oleh seekor jerung.

"Menurut laporan awal kami, wanita itu bersama seorang lelaki sedang mendayung di belakang sebuah resort di Western New Providence, kira-kira 4 kilometer (km) dari garis pantai apabila dia diserang jerung.

"Seorang penyelamat yang bertugas keluar menaiki bot, mengambil mangsa bersama lelaki itu dan membawa mereka ke tempat selamat, bantuan pernafasan turut diberikan kepada mangsa," ujarnya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain