suria

Gadis jelita jadi buruan jutawan, atlet sukan... Rupanya ramai tertipu dengan model AI ini

Ramai lelaki tertipu dengan model AI yang tidak wujud itu. -Gambar Instagram

KECANTIKAN Emily Pellegrini membolehkan dia meraih lebih 100,000 pengikut di media sosial.

Seperti yang dimaklumkan kepada peminat di Instagram, Emily merupakan model kelahiran Itali yang berusia 21 tahun.

Namun siapa sangka, Emily sebenarnya tidak wujud dan dia hanyalah satu karakter yang dicipta menggunakan tekonologi kecerdasan buatan (AI).

Apa yang melucukan, ramai peminat terpedaya dengan karakter Emily sehingga laman Instagram model AI itu dihujani mesej lelaki dari seluruh dunia.

Pemain bola terkenal, petinju MMA dan jutawan merupakan antara lelaki yang menghantar direct message (DM) kepada Instagram Emily.

Di sebalik kejayaan karakter Emily yang memperdaya ramai peminatnya sebelum ini, penciptanya yang enggan mendedahkan identitinya menyuarakan kebimbangan mengenai penggunaan teknologi AI pada masa akan datang. - Bored Panda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain