SEORANG wanita mengalami kecederaan parah akibat dibelasah beberapa jirannya kerana didakwa membuang air kecil berhampiran kediaman mereka. Kejadian berlaku di kawasan kejiranan di Uttar Pradesh, India. Menurut pegawai polis, mangsa yang berusia 35 tahun sebelum itu berselisih faham dengan jirannya selepas dia didakwa membuang air kecil di sebuah longkang berhampiran rumah mereka sebelum dilihat jiran-jiran lalu membelasahnya. Perang mulut akhirnya bertukar menjadi ganas dengan mangsa dipukul di bahagian alat sulit menggunakan batang besi sehingga pengsan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Kes tersebut kini masih dalam siasatan polis. -News18.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube