suria

Sekurang-kurangnya 110 maut di Jabalia, Israel dakwa jalankan operasi terhadap ‘infrastruktur pengganas’

Runtuhan bangunan akibat bedilan tentera Israel di Gaza. -Gambar Anadolu

SEKURANG-KURANGNYA 110 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan Jabalia di utara Gaza, kata kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas, ketika pertempuran berterusan di seluruh wilayah Palestin.

50 orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh lagi terperangkap di bawah runtuhan apabila tiga rumah di kem pelarian Jabalia dibedil.

Video menunjukkan mayat kanak-kanak kecil yang dikumpulkan di sebuah pusat perubatan.

Tentera Israel berkata ia telah menjalankan operasi terhadap 'infrastruktur pengganas' Hamas di Jabalia.

Dilaporkan lebih 19,400 orang telah terbunuh di Gaza dengan kira-kira 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak, sejak perang dengan Israel berlarutan 10 minggu lalu. -BBC

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain