suria

Baru 5 hari nikah, pengantin ‘lesap’! Rupanya ini sebab isteri tolak ajakan suami

Seorang pengantin perempuan didakwa menghilangkan diri bersama teman lelaki. -Gambar TikTok

SEORANG pengantin perempuan menghilangkan diri selepas lima hari bernikah, sehingga mencetus tanda-tanya.

Menerusi satu perkongsian, suami kepada wanita itu berkata, mereka sebelum ini menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).

“Kami terputus hubungan selama tiga bulan. Saya tidak mencari pengganti untuk awak, malah saya masih menunggu awak ketika itu,” tulis lelaki itu yang berasal dari Lampung di Sumatera, Indonesia.

Namun selepas tiga bulan, dia tiba-tiba mendapat berita bahawa kekasihnya akan pulang ke Lampung.

Lebih mengejutkan apabila wanita menghubunginya dan mahu segera berkahwin dengannya.

Dia kemudian menikahi kekasihnya pada 21 September lalu dalam satu majlis secara sederhana.

Malah, dia turut curiga apabila isterinya sentiasa bersikap dingin dan tidak melayannya.

Mereka kemudian mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sewa suaminya di Serang.

Bagaimanapun, sejurus tiba pada hari pertama di rumah sewa, pengantin perempuan 'menghilangkan' diri.

Malah, semua nombor telefon dan media sosial tidak dapat dihubungi.

“Ada jiran melihat isteri dijemput seseorang dengan menaiki kereta, dan dikatakan dia adalah kekasihnya di Pekanbaru.

"Kamu yang selama ini dianggap sebagai perempuan yang baik di hadapan semua orang dan ternyata kamu berani memalukan aku dan keluargamu sendiri," tulisnya.

Dengan nada kesal, dia tidak lagi berharap dan menunggu isterinya, malah meminta wanita itu kembali ke pangkuan ibu bapanya.

"Pulanglah, aku tidak akan mengganggumu dengan lelaki itu, aku sudah sembuh dari luka lama," katanya yang berharap isterinya pulang ke kampiung untuk melihat bapa mentuanya yang sakit. - Tribun Trends

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain